BAGAIMANA INGIN BERSEDIA UNTUK PEPERIKSAAN?




INI IALAH 5 TIPS UNTUK PEMBELAJARAN YANG EFEKTIF.

Ada dikalangan anak kita begitu malas untuk mengulangkaji pelajaran. Ada yang tak nervous pon malam peperiksaan. Jom kita naikkan semangat belajar anak anda dengan cara berikut:

1. Sediakan tempat belajar yang selesa.
Tempat belajar mesti lah sesuai dan selesa untuk anak anda. Elakkan belajar di tempat yang bising kerana ianya akan mengganggu konsentrasi anak anda.

2. Sediakan makanan ringan untuk elakkan anak anda mengantuk.
Makanan ringan seperti kurma, kekacang dan kismis sesuai disediakan untuk anak anda yang susah untuk fokus ketika belakar. Makanan ringan akan mengelakkan anak anda dari mengantuk dan bosan dengan belajar.

3. Sediakan buku latihan yang mudah.
Pelik tak pelik? Apa maksud buku latihan yang mudah? Jangan sesekali membebankan anak anda dengan memberi latihan yang sangat susah setiap hari. Anak anda akan kurang minat dalam menguasai pembelajaran mereka. Cuba dengan latihan yang mudah, dan anda boleh tambahkan latihan lain untuk mereka jika mereka semakin pandai.

4. Beri masa rehat untuk anak anda.
Jangan bebankan anak anda dengan memberi latihan tanpa henti. Beri dia rehat satu malam untuk enjoy dengan main board game seperti uno, monopoly atau scrabble dengan keluarga anda. Hari esoknya boleh sambung belajar pula!

5. Ambil masa rehat di antara sesi pembelajaran.
Jangan ingat jika anak anda banyak rehat di sesi pembelajaran bermaksud mereka tidak faham. Kebanyakan orang pandai akan mengambil banyak masa untuk rehat kerana apa yang mereka belajar itu membuatkan mereka stress. Jangan paksa anak anda jika dia stress, kalau tidak, satu maklumat pon tak akan masuk otak!

Dan ibu bapa jangan lupa beri ganjaran untuk anak anda jika dia berjaya belajar dengan sendiri selama 2 jam! Beri ganjaran seperti tambahan masa menonton televisyen selama 1 jam dan sebagainya.

Jangan terlalu tekan anak anda ye!

Keep calm and let them enjoy studying!

#TipsBrainTrain

Comments

Popular posts from this blog

Topik 1 (SAINS) Darjah 1: PERATURAN BILIK SAINS

Topik 1 (SAINS) Darjah 1: KEMAHIRAN SAINTIFIK

Topik 3 (SAINS) Darjah 3: Haiwan